Rumah Sendiri: Harta atau Beban?
Acik terbaca nukilan saudara
Suzardi Maulan mengenai perihal rumah sendiri: Harta atau Beban. Tergerak hati sedikit acik nak menceritakan pengalaman acik yg ketika ini telahpun mempunyai 2 buah rumah, satu di Bandar Baru Bangi (rumah Apartment Kos Rendah) dan satu di Semenyih (rumah teres setingkat Kos Sederhana).
Pada mulanya sewaktu mula-mula acik bekerja, pendapatan acik tidaklah begitu banyak... jika mampu pun membeli rumah sekitar tahun 2000 harga rumah teres dan apartment sekitar RM100,000 - RM200,000.. jadi memanglah takkan mampu acik membeli rumah yg lebih besar memandangkan gaji acik pun masih lagi rendah.Disamping, acik pun belum berkahwin lagi, jadi acik hanya mampu membeli rumah apartment sekiatar harga RM42,000-RM45,000 sahaja.
Dengan bantuan seorang sahabat, acik dpt membeli sebuah apartment kos rendah mengikut jumlah gaji yang acik ada dikala itu. Pembelian rumah ini pun atas sebab acik dah nak berkahwin dan bakal dikurniakan seorg cahayamata dimasa itu. Jadi acik memang memerlukan sebuah rumah kerana tidak mahu lagi bergantung tinggal dirumah ibu acik yg juga berada di Bandar Baru Bangi...
Berada dirumah flat atau apartment kos rendah ini.. kadangkala bermasalah jugak.. Masalah mencari parking, masalah kecurian, masalah anak nak bermain dipadang tanpa pengawasan, masalah berlakunya pergaduhan ditengah-tengah malam dan pelbagai lagi perkara yang membuatkan acik terfikir untuk mencari kawasan dan rumah baru yang lebih selesa.
Justeru, acik bernasib baik dan beruntung kerana kawasan semenyih yang sedikit jauh dari Bandar Baru Bangi masih mempunyai rumah teres setingkat dengan harga sekitar RM150,000 - RM200,000.00. Jadi tanpa berlengah-lengah lagi, kami suami isteri mendapatkan loan dengan membuat combine loan berdasarkan gaji semasa kami yang telah naik diketika itu.
Disitulah acik mendapat rumah teres sungguhpun agak jauh berbanding di Bandar Baru Bangi dengan tempat kerja acik di Kuala Lumpur.. namun dengan bayaran loan rumah yang murah, lokasi rumah yg sangat strategik kerana berhampiran 500 meter dari tol lekas bangi-semenyih, dan berdekatan dengan sekolah, Tesco, KFC, The Store, Pasar Borong Semenyih maka disitulah acik menilai utk membeli rumah semula.
Rumah lama acik kini acik sewakan dengan kadar 2 kali ganda dari bayaran loan bank utk rumah tersebut. Dengan duit sewa itulah acik membayar duit kediaman baru acik bersama bantuan duit pengeluaran EPF loan rumah yang pertama acik tadi. Disini seakan nampak acik sebenarnya membeli sebuah rumah baru tanpa membuat sebarang loan pun dengan bank memadai semua kos dibiayai oleh penyewa rumah lama acik dan duit EPF rumah apartment acik tersebut.
Kadangkala bukanlah disebabkan acik bernasib baik cuma pendapat dan nasihat acik, jangan terlalu memikirkan sangat untuk membeli rumah yang besar terlebih dahulu berbanding kita hanya mencari rumah sewa
Sungguhpun nampak seakan acik bernasib baik, namun bukanlah niat acik untuk showoff ataupun menunjukkan "kekayaan" acik sekarang.. namun acik amat setuju dengan pendapat pakdi.net iaitu walaupun kita mempunyai rumah sendiri, namun sebenarnya kita yang menentukan samada rumah tersebut bebanan bagi kita atau tidak.. Mcm dalam kes acik, rumah pertama acik bukanlah satu bebanan begitu juga dengan pembelian rumah kedua acik...
Sekian, wassalam.