Salam to all...
Acik baru saja dapat menghabiskan bacaan bagi Buku Panduan Wang Gaji yang acik perolehi dari saudara Khairulnahar aka PemikirKaya (Thinkerich)... Kesimpulan yang acik berani katakan disini ialah...
"Hebat… memang hebat!!!! Pembaca dapat mempelajari banyak perkara didalam menguruskan wang gaji mereka yang setiap kali habis dibelanja pada awal bulan lagi! "
Ebook ini merangkumi segala aspek pengurusan kewangan seperti simpanan, pelaburan, perlindungan takaful/insuran, percukaian, pengeluaran zakat untuk keberkatan wang gaji dan tidak lupa motivasi untuk menghadapi musuh-musuh pengurusan kewangan yang sebenar iaitu diri sendiri!
Permulaan buku ini mengubah kepercayaan acik bahawa apabila dapat sahaja gaji maka kita perlulah menyelesaikan terlebih dahulu kesemua hutang-hutang yang kita ada tetapi jikalau pembaca membacanya maka kepercayaan itu sebenarnya diubah sama sekali!
Secara keseluruhannya acik yakin dan percaya bahawa ebooks ini memang boleh menjadikan anda semua bijak menguruskan wang gaji anda disamping anda juga akan mempunyai banyak wang…
SYABAS kepada saudara Khairulnahar aka THINKERICH…..semoga ebook ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik lagi berkaitan pengurusan kewangan dan perlunya menguruskannya dengan cara yang betul dan efektif untuk keperluan semasa, akan datang dan masa depan (persaraan.)
Sekian, acik fosilmitra
No comments:
Post a Comment