Kenkadang kalau kita dengar lagu nyanyian YUNA seorang gadis yang bertudung, menyanyikan lagu Yang Sebenarnya dicorong² radio menyebabkan kita akan terfikir bahawa islam "TELAHPUN" membenarkan wanita menjadi penyanyi janji menutupi akan aurat... walhal kalau nak diikutkan, hal ini hanyalah boleh menimbulkan fitnah pada islam dan sepatutnya jika boleh menimbulkan fitnah perlulah dijauhi samasekali...
Acik teringat pulak kes rumahtangga Ustaz Akhil Hayy bersama artis wanita yg bertudung juga iaitu Waheeda Wassini (Wassana... hehe) yang tengah meletop didada akhbar dengan skandal yang tahhapetah aritu... tak paham betul acik... Sebab itu kenapa nak menceburkan diri dengan dunia sebegini??...
Apakah Seorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya kerana suaminya hendak berpoligami ?
Hukumnya ialah haram dan termasuk dosa apabila tidak menerima poligami kerana enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt bahawa kaum lelaki dibolehkan untuk berpoligami.
Menolak untuk dimadukan adalah haram apabila tiada alasan yang munasabah dan dapat diterima oleh syarak.
Ini disebabkan oleh hadis yang menyebutkan : "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." (Hadis riwayat Abu Daud)
Perbuatan mana-mana wanita termasuk isteri seorang artis atau ustaz yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan suaminya adalah salah dan tidak boleh dicontohi atau diberikan galakan.
Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam.
Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti : "Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga." (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih)
Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.
Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.
Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)
Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Muslim)
Sumber: Pandangan Seorang Ustaz
Patutnya bagi orang yang paham dan arif tentang islam patutnya dah perlu tahu dan perlu sanggup untuk menjauhkan diri dari segala keburukan hasil dari dunia perfileman dan industri musik sebegini... Apa alasan sebenarnya mereka ini hendak menyanyi?... Untuk berdakwah?...
Kenkadang bila masyarakat dah tak ambik peduli... maka muncullah rancangan realitiTV yang punyalah banyak di media massa seperti Mentor, One In A Million, Akademi Fantasia, dan pelbagai yang lain... Siapa yang nak disalahkan kalau ada yang meminati rancangan sebegini?... Masyarakat ataupun pemilik syarikat penyiaran nie semua... hmm... Betul jugak... siapa suruh tengok rancangan sebegini... Kalau tahu menda ni melalaikan dan haram maka takyahlah tengok kan?... Hmmm siapa nak jawab?...
Islam memang melarang umatnya dari menimbulkan sebarang fitnah yang boleh memudaratkan diri manusia itu sendiri... Disebabkan segelintir penyanyi yang bertudung ini menjadi penyanyi, maka kebanyakkan wanita akan mengatakan bahawa islam membolehkan penganutnya menjadi penyanyi atau artis... Adakah suara wanita ini aurat?... Menjawab persoalan ini;
Bagi saya pendapat yang kuat dan pendapat jumhur ulama ialah suara perempuan bukannya aurat malah dalam keadaan tertentu wajib bagi wanita menyuarakan pendapat (dengan bersuara) seperti sewaktu menuntut ilmu, menyuarakan kritikan, membetul pemimpin (suami/pemerintah) dll.
Tetapi ada syaratnya. Syaratnya suara tersebut tidaklah digunakan untuk menggoda/merengek sewaktu bercakap dengan lelaki dan dalam hal ini termasuklah menyanyi/melagukan kerana ia boleh menarik syahwat lelaki yang mendegar. (kecuali kalau suara dia dah camtu - lemah lembut) Dan pada pendapat saya yang saya petik dari para ulama juga, ini termasuk dalam nasyid walaupun ada yang memberikan kelonggaran untuk nasyid tetapi bagi saya malah untuk nasyid pun dikira terlalu membuka ruang keburukan.
Tetapi tidak salahnya wanita berceramah, bertanya, menuntut ilmu, berbahas, bermesyuarat dll. (rujuk qaradawi mengenai suara wanita. )
Nukilan Tok Janggut-Mod Bincang Muslimin & Muslimah Bincang.net
Banyak betul persoalan² yang tak terjawab sekarang ni dan adakah ini suatu petanda kita semakin menghampiri hari kiamat... Kerana tanda² ini sememangnya ada didalam ramalan Nabi Muhammad SAW... sebab tue kita perlu fahami bahawa apa yang majoriti masyarakat kata "baik" belum tentunya ianya baik dan dibolehkan oleh syarak... Teringat kata² Tok Janggut (mod BMM) "11-1=0 walaupun majoriti akan mengatakan 10... (11 rukun islam + iman ditolak 1 akan jadi kosong (tidak bermakna malah syirik) walaupun semua orang mengatakan ianya 10)...
Wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment