Monday, June 22, 2009

Ida Nerina terjatuh di tingkat 4

Sekali imbas acik fikirkan Ida Nerina nie terjatuh dari tingkat 4 ke tingkat bawah rumahnya... rupanya bukanlah begitu... sebaliknya memberitahu bahawa beliau terjatuh di Tingkat 4 di kediamannya... Hehe... kenkadang bijak jugak orang di akhbar Harian Metro ini memberikan tajuk² yang mengusarkan kita semua...

Moral of the story... setiap kenikmatan boleh diambil pada bila² masa sahaja oleh Allah SWT... Kita sebagai hambaNya yang lemah terpaksa akur dengan setiap ketetapan yang telah ditentukanNya... Mudah-mudahan manusia dapat mempelajari sesuatu dari kesalahan dan kesilapan mereka... Teringat kisah Zaiton Sameon dedulu...

Ida terjatuh di tingkat 4

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di tingkat empat kondominiumnya di Persiaran Syed Putra di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua kaki pelakon itu mungkin lumpuh apabila tulang belakangnya patah berikutan kejadian itu.

Ida dikatakan terjatuh ketika berjalan pulang ke rumahnya selepas tamat berlakon teater, The Good Body di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Sejurus kejadian, dia dikejarkan Ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke PPUM.


Sumber: Ida Nerina Terjatuh di Tingkat 4

No comments: