Ramai umat islam dewasa ini yang masih diselubungi perasaan was-was samada islam membenarkan atau tidak merayakan Hari Bapa, Hari Ibu atau Hari Kekasih (Valentine) yang biasa diraikan oleh orang² barat dibenua sana...
Kalau menurut saudara Tok Janggut mod BMM;
Hari Valentine
Bagi saya sejarah hari valentine tidak penting sangat untuk mengeluarkan fatwa mengenai boleh atau tidak boleh menyambutnya. Ini kerana melalui pembacaan saya, sejarah hari valentine itu sendiri tidak muktamad (ia tidak melalui proses seperti proses penapisan hadis). Ada yang kata kerana paderi bernama valentine dan banyak lagi cerita.
Kedua, mengenai kenyataan mufti perak mengatakan menyambut valentine akan menjadi murtad, i beg to differ. Pada pendapat saya, pendapat ini agak keras. Ini kerana kita kena faham bahawa di dalam masyarakat kita ada orang yang jahil, ada yang tidak dapat menahan dirinya dari melakukan maksiat, ada yang terpaksa dan ada yg memang melakukannya kerana pengetahuan mereka dan ada yang benar-benar engkar.
Mengenai permasalahan valentine, saya ada dua pandangan.
Pertama, valentine itu tertolak dari segi cara dan sebab sambutan. Firman Allah ..Dan janganlah kamu menghampiri zina. Di dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan "menghampiri" dan bukannya "melakukan". Berbeza dengan agama kristian, menghampiri zina tidak salah, tetapi melakukan zina itu salah (thou shalt not comit adultery).
Dari perkataan takrabu ini ulama mengambil usul yang dinamakan sebagai saduz zaraie. Yakni menutup pintu-pintu keburukan. Apa sahaja yg boleh membawa kepada zina adalah haram hukumnya. Termasuklah bercouple, mengadakan hubungan bebas dan sebagainya. Di sini ia jelas salah.
Pada saya valentine patut dilihat pada substance bukan formnya. Ia patut di lihat pada isi valentine bukan pada asal usul valentine. Apa yang diadakan pada valentine?
Sambutan hari valentine menggalakkan kekasih mengucapkan cinta dan kasih kepada kekasih. Pada hari tersebut, segala macam yang pada hari biasanya tidak dilakukan oleh kekasih akan dilakukan (Hantar bunga, buat ucapan, telefon dan ucap kata cinta dll). Dari sini kita dapat rumuskan bahawa ia telah membuka jalan kepada keburukan (zina) tidak begitu. Maka di sini, ia adalah salah dan tertolak.
Bagaimana kalau suami isteri menyambut valentine's day? Bagi saya, ia syubahat. Baik dielakkan. Bukankah ucapan kasih kita boleh diucapkan pada bila-bila masa?
Kedua, Islam sendiri sudah mempunyai hari perayaannya sendiri. Jadilah kita sebagai umat yang mumayyiz. Umat yang berbeza dari umat yang lain. Adalah satu perkara yang diketahui umum valentine di sambut oleh bukan Islam secara besar-besaran. Kenapa kita perlu mengikut mereka? Bukankah kita ada perayaan kita sendiri?
Perayaan lain
Bagaimana dengan perayaan lain seperti hari ibu, bapa, keluarga dll.
Sama seperti di atas bahawa bukan form yg kita lihat, tetapi substancenya. Apakah substance ini berunsur baik atau tidak? Kalau tidak maka Islam tidak menegahnya.
Seperti contoh hari ibu. Islam menyuruh berlaku baik pada ibu. Tidak salah kita turut meraikan hari ibu tanda kasih kita pada ibu kita. Tetapi tidaklah bermakna kasih kita pada ibu hanya pada hari tersebut. Tidak sama sekali. Cuma hari itu mengingatkan kita lebih pada ibu kita berbanding hari lain yg kita juga ingat pada ibu kita.
Islah tidak menolak adat dan budaya yang baik utk diasimilasikan di dalam Islam. Selagimana Islam menjadi neracanya dan ia tidak bercanggah dengan Islam, selagi itulah kita boleh mengambilnya.
No comments:
Post a Comment