Wednesday, June 17, 2009

Maut ditetak berebut buah durian

Dalam Utusan Online arini... pelik sungguh... mmg hairan bin ajaib perangai manusia ni... Disebabkan berebut durian boleh hilang nyawa?!...

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Jamaludin Abdul Rahman berkata, berikutan itu suspek yang berusia 60-an telah ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

Beliau berkata, punca kejadian adalah dipercayai disebabkan kerana berebut sebiji buah durian gugur di kebun belakang rumah kedua-dua mereka yang tidak berpagar.


Walaupun tak pasti mungkin benar mungkin tidak ianya disebabkan perebutan sebiji durian, namun apa yang pasti, apabila kemarahan telah menguasai diri... syaitan telah berjaya menyebabkan anak adam berbunuhan sesama sendiri... Inilah bahaya sifat marah didalam diri manusia...

Kalau kita lihat kejadian pembunuhan manusia pertama dimuka bumi Allah, iaitu antara Qabil dan Habil... ianya berpunca dari sikap mahukan sesuatu yang tidak menjadi hakmiliknya... disebabkan marah dan hasutan syaitan maka berlakulah kes pembunuhan yang pertama...

RASULLAH S.A.W BERSABDA:

"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."


Sebagai umat islam, kita digalakkan agar memaafkan saja kesalahan seseorang itu kepada kita. Janganlah jikalau kita disakiti oleh seseorang maka kita jugak akan turut sama ingin menyakiti mereka. Jikalau begitu, apalah bezanya kita dengan mereka yang menyakiti kita tadi?...

Acik rasa perlu bagi kita sentiasa memuhasabah diri agar tidak terlalu mengikutkan nafsu amarah didalam diri kita. Mmg marah itu perlu, tetapi biarlah bertempat... Kalau marahkan nyamuk maka habis kelambu dibakar... maka rugi sangatlah disebabkan marahkan jiran maka habis riwayat hidupnya dimuka bumi...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: