Wednesday, June 17, 2009

Penjawat awam dilarang sembang guna Internet

Penjawat awam dilarang sembang guna Internet

Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.

"(Langkah) ini sebagai panduan kepada penjawat awam terhadap penggunaan kemudahan Internet," kata Najib dalam jawatan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat semalam.

Antara larangan tatacara penggunaan Internet yang dijelaskan oleh Perdana Menteri
1. memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen.

2. penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board.

3. Dilarang menggunakan kemudahan sembang, menggunakan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersial dan politik.

Acik rasa banyak lagi sebenarnya yang perlu diperkatakan mengenai larangan yang sepatut diambil berat oleh pihak kerajaan... Larangan melawat laman lucah, larangan menggunakan MiRc untuk berchatting diwaktu pejabat... larangan menyebarkan fitnah atau menyebarkan email mengenai perkara fitnah dan sebagainya lagi.

Acik masih ingat lagi kali pertama acik berchatting menggunakan MiRC.. waktu itu acik melawati pejabat abg sulung acik di sebuah Universiti Pendidikan di Bdr Baru Bangi... Beliau menyuruh acik membantu buat sesuatu sebenarnya, selepas dah habis kerja dia pun tunjukkanlah pc dan kaedah untuk berchatting ni... Bayangkanlah kali pertama berchatting, mmg agak kekok sikit. Ditambah perkataan ringkas dlm MiRC yg acik tak ketahui seperti "asl" menyebabkan kena gelak jelah acik waktu itu.

Mmg diakui dari dulu lagi pihak penjawat awam ini telah dibenarkan menggunakan internet. Walaupun tiada sebarang sekatan untuk melayari sebarang laman web ketika itu, yang pasti si penjawat awam perlulah memikirkan kesan positif dan negatif bila mereka berinternet.

Pada acik, internet yang digunakan secara betul adalah baik untuk perkembangan minda kita. Jikalau digunakan secara salah maka akan binasalah diri dan keluarga. Sebab itu pada acik tak salah sebenarnya internet dipejabat² kecuali pejabat yang telah diberikan akta atau pekeliling mengenai peraturan untuk menggunakan internet.

Satu yang kita perlu ingat, semua perkara yang diciptakan oleh manusia ini ada pro dan kontranya, seperti juga kereta atau motosikal jikalau tak digunakan sebaik mungkin akan jadilah mat rempit... samseng jalanan dan sebagainya...

p/s: Fokus pada kebaikan maka anda akan dapat kebaikkannya menggunakan sesuatu itu, namun jika fokus pada kejahatan maka itulah yang akan diperolehi.

1 comment:

Acik fosilmitra said...

Testing 1-2-3