Friday, June 19, 2009

Sultan Johor tak setuju pembinaan jambatan ketiga

NUSAJAYA: Sultan Johor, Sultan Iskandar, tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura di timur negeri ini.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, ketika berucap mewakili ayahanda baginda pada perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, semalam.

"Saya dititahkan oleh Sultan Johor bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan membina jambatan ketiga," titah Tunku Ibrahim Ismail.

Sumber: Berita Harian

Isu ini sgt menarik utk dibaca... Sememangnya keputusan Sultan Johor seakan boleh diagak sebabnya kerana sebagaimana yang berlaku dgn cadangan Tun Mahathir perdana menteri Malaysia yang mahukan jambatan bengkok di buat di johor namun dibatalkan oleh kerajaan Pak Lah ditahun 2006.

Kalau kita lihat dalam laman ini mengenai
Surat Terbuka Tun Dr. Mahathir Mengenai Jambatan Bengkok
Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris).

Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?

Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.

Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.


Acik benar² respect dengan Tun Mahathir Mohammad ini didalam memerintah malaysia kerana beliau mempunyai pandangan yang jauh pasal pembinaan Jambatan Bengkok ini... Jika sekiranya masih berjalan, sebenarnya rakyat Johor dan negeri Johor boleh menewaskan Singapura didalam bidang perkapalan seperti adanya Pelabuhan Tanjung Pelepas skrg... Malah silap haribulan pelabuhan singapura akan rugi serugi²nya...

Sebab itu kalau kita baca...

Beliau bagaimanapun masih mengharapkan pembinaan jambatan itu direalisasikan kerana ia satu keperluan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
“Walaupun saya berpendapat tidak ada sebab projek itu tidak boleh diteruskan…saya tidak ada keputusan untuk dibuat, mungkin kerajaan sekarang ada,” katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada majlis bersama Bloggers United Malaysia di Subang Jaya di sini semalam.
Katanya jika dilihat semasa pembinaan Tambak Johor dahulu, purata daripada 1,000 orang penduduk mungkin hanya ada sebuah kereta tetapi ketika ini keadaannya sudah berubah.
“Sekarang kita ada 10 juta kereta bagi penduduk 27 juta orang.
“Boleh dikatakan setiap 2.7 orang ada sebuah kereta…jadi masalah lalu lintas semakin serius. Jika kita tidak mempunyai fasiliti yang sempurna kita akan berdepan dengan kesesakan yang lebih teruk selepas ini,” katanya.
Projek pembinaan jambatan bengkok bernilai RM600 juta telah dibatalkan pada 2006 walaupun pembinaannya dilihat boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.


Sumber: mahathir-saya-tidak-akan-campurtangan-isu-jambatan-bengkok/

Hmm.. bila fikirkan balik... apa yg Pak Lah dah buat untuk negara sepanjang pentadbirannya di Putrajaya ek?... Tanam pokok manyak² maa... hehe.

No comments: