Thursday, June 18, 2009

Unity Government - Kerajaan Perpaduan

Berita menarik tentang politik arini rasanya dah tentulah tentang "kerajaan perpaduan" yang sedang hangat diperbalahkan... Acik tidaklah gemar bercerita atau ambik port pasal politik negara kita ni... tapi tak bermakna acik tidak menetapkan calon mana menjadi pilihan acik...

Kalau kita lihat akhbar² yang pro kerajaan... ceritanya agak sama iaitu;

Nik Aziz bidas Nasharudin

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.
Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?
Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.


Sumber: Utusan Online
PAS leader tells party deputy president to ‘quit and join Umno’

KOTA BARU: PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has lashed out at deputy president Nasharuddin Mat Isa over his push for unity talks with Umno and told him it is better for him to leave the party.
“Leave PAS and join Umno and that will make things easier for everybody,” a furious Nik Aziz said yesterday.

He also described Nasharuddin’s push for unity talks with Umno as “rubbish” and “immoral”.

Nasharuddin, when contacted, declined to comment.
Other PAS leaders, however, said Nik Aziz’s outburst was not proper and urged him to talk to Nasharuddin.

Party secretary-general Datuk Mustafa Ali, meanwhile, said there could be no unity government talks without PKR and DAP being involved.

Sumber:The Star.com

Manakala bagi suratkhabar yang pro-pembangkang pula, cerita mereka arini antaranya;

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Wed | Jun 17, 09 | 4:18:25 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.
"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.
Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.


Sumber:HarakahDaily.net

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin PAS tetap utuh biarkan mutakhir ini perbezaan pendapat antara pimpinan kanan parti itu mengisi dada-dada akhbar arus perdana kawalan Barisan Nasional.

Dikerumuni media sebaik sahaja keluar dari Dewan Rakyat hari ini, mantan Timbalan Perdana Menteri itu menolak tanggapan wujudnya perpecahan dalam Pas berhubung tawaran Umno untuk bermuqabalah dengan Pas.

Anwar berkata laporan yang memetik Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi teguran terbuka kepada Timbalan Presiden parti Nasharuddin mat Isa bersabit isu itu tidak perlu menimbulkan andaian bahawa kepimpinan parti itu dalam krisis.

Nik Aziz membuat teguran itu selepas Nasharuddin dilaporkan berkata Pas menyambut-baik kesediaan Najib untuk mengadakan perbincangan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

"Teguran dari Nik Aziz tentulah dari perasaan beberapa rakan-rakan Pas dan akar umbi, dan tentu dapat dileraikan jika penjelasan dapat diberi secara baik," kata Anwar.

Beliau yakin Presiden Parti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz mampu mengatasi sebarang isu yang berbangkit demi keutuhan parti .

"Saya ingat ia dalam konteks perkara-perkara yang berbangkit sebelum ini, tetapi saya berkeyakinan dengan kemampuan Nik Aziz dan Presiden Abdul Hadi untuk meleraikan isu yang berbangkit," tambah Anwar.

Anwar berkata isu kerajaan perpaduan itu telah cuba diputarbelitkan oleh UMNO tetapi Pakatan Rakyat yakin dengan iltizam PAS untuk terus bersama gagasan pembangkang itu.

"Saya tidak fikir ada pergolakan kerana muktamar Pas mereka menyatakan pendirian dengan jelas. saya tidak fikir ada kekeliruan dan diulangi oleh pimpinan Pas bahawa mereka komited kepada Pakatan, tidak menolak perbincangan dengan syarat Umno menjamin pilihanraya bebas, hentikan tindakan zalim," kata Anwar.


Sumber:TVAntara.com

Kita lihat disini bahawa yang pro kerajaan akan menggunakan cerita yang semestinya berbeza dengan yang pro pembangkang... Dimana sudahnya?.. Pendapat acik, kita perlu faham orang yang dah lama berada didalam UMNO dan dah tahu perit jerih waktu berlakunya Peristiwa 13 Mei dah tentu akan menggangap DAP hanyalah parti yang hendak menjadikan Malaysia sebagaimana Singapura...

Orang yg pro kerajaan dah tentulah mereka² yang dah pernah alami bagaimana perit jerih sewaktu berlakunya peristiwa 13 Mei dinegara kita... Acik dengar menerusi bapa mertua acik, ketika itu, parti melayu sudah dikalahkan oleh parti bukan melayu dan mereka mengusir penduduk melayu agar balik kampung sahaja...ini pendapat org yg pro UMNO, dan orang yg pro Pakatan Rakyat akan memberi hujah yg sebaliknya dan sebagainya... Dimana sudahnya perkara ini?...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: