Friday, June 19, 2009

World now at the start of 2009 influenza pandemic

Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari rebakkan penyakit yang membahayakan manusia ini?... Pada acik satu saja... masa untuk mengingatkan akan adanya penerbangan terakhir kita dah tiba... hehe...

PENERBANGAN TERAKHIR...

Tempat berlepas : Kehidupan dunia

Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam
perut bumi.

Destinasi : Akhirat

Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat

Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut

Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang didunia dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas,dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan
cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat

PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para
penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak
mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas
setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang
tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada
para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah
anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami
untuk menabur khidmat sepada anda semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan
firman ALLAH surah Al-Kahfi; Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang
baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

Wassalam.

(Bingkisan dari email)

No comments: