Wednesday, December 16, 2009

Siapakah orangnya...?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Saturday, November 14, 2009

Alhamdulillah syukur...

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menulis warkah yang buat pertama kalinya ditaip dirumah acik... makna kata kat sini nak memberitahu anda bahawa acik baru melanggan broadband... jenama apa?... Yg itu kiter sama² sebut "lu carilah sendiri!"... hehe...

Dikesempatan ini juga acik ingin memaklumkan bahawa acik akan cuba kembali menjadikan forum Bincang.net serta bilik Bincang Muslimin dan Muslimah kembali bertenaga dengan ilmu² islam yg tidak ada dimana² forum selain BDN...

Walaupun acik sedar bahawa ilmu didada amatlah nipis senipis kulit bawang putih... namun acik akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di Bincang Muslimin dan Muslimah...

Apapun, sama² menegur akan kesilapan acik didlm memberikan buah fikiran disana... Acik manusia biasa boleh jadi betul boleh jadi salah, sekiranya fikiran acik menepati al-qur'an dan as-sunnah maka terimalah... seandainyer tidak maka tinggalkan sajalah...

Apa yg baik datangnyer dari Allah dan apa yg buruk dan lemah datangnyer dari kelemahan acik sendiri...

Wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Hari sabtu dan ahad acik tiada dirumah kerna balik kg. mertua, adik ipar bakal melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi...

Tuesday, October 20, 2009

Tidur : Antara sunnah Dan Sains

Tidur : Antara sunnah Dan Sains

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

Monday, October 19, 2009

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Okt. - "Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia," kata Tun Dr. Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

"Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

"Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu," katanya.

Friday, October 16, 2009

Maaf kerana lama tak update blog

Assalamu'alaikum wbt.

Buat sahabat yg bertanya kemanakah gerangannyer acik poie bertapa tue... acik ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa acik begitu sibuk dengan urusan dunia dan juga akhirat...

Wassalam.

Wednesday, September 09, 2009

ALAM MAHSYAR - Wallahu a'lam bisshawab

ALAM MAHSYAR - Wallahu a'lam bisshawab


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Thursday, August 13, 2009

Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah-Isu Anak Luar Nikah Teoh Beng Hock

Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada
pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu
inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca
kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti
pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu
sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui
apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai
perkara ini.

Wednesday, August 12, 2009

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam

KOTA BAHARU 12 Ogos - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.


Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.


"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.


Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

ISA: Pandangan dari sisi undang-undang Jenayah Malaysia dan Syariah Islam

Oleh:
Tok Janggut LLB (hons) UK

Pendahuluan

Secara umumnya, ISA bukan lah isu baru untuk diperbincangkan. Pada hemat saya, selagi mana pemerintah masih melihat ISA sebagai satu “insuran” sebagai satu undang-undang untuk menyelamatkan dirinya, ia tidak akan di ubah bagi memenuhi kepentingan umum. Dan sekiranya ia di gubal sekalipun, sebagaimana penggubalannya sebelum ini yang berlaku sebanyak 15 kali (Lihat Panduan Undang-Undang Am, Jilid I, International Law Book Services, K. Lumpur, 1998, m.s: 177), ia tetap akan di bentuk mengikut neraca yang memberi kelebihan kepada mereka yang berkepentingan.

Monday, August 10, 2009

Kegiatan homoseksual, onani mudah terdedah jangkitan H1N1



KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya sudah mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.
Sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).
Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. - Bernama

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.

Dr Palaniappan mempunyai laman blog di http://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara lebih mendalam. - Bernama

Friday, August 07, 2009

Penularan H1N1 serius - Najib

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius.
Sehubungan itu beliau menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan dengan lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng bila keluar ke tempat-tempat awam.

Pesara korban ke-14
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Seorang pesara lelaki berusia 57 tahun menjadi mangsa ke-14 wabak Influenza A (H1N1) yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya, di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki terbabit yang mempunyai sejarah penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) 4 Ogos lalu akibat demam, batuk dan sesak nafas.

“Mangsa disahkan dijangkiti H1N1, semalam (kelmarin) dan meninggal dunia pada hari sama akibat ‘acute pulmonary oedema secondary to H1N1’ (paru-paru berair),” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hassan Abd Rahman.


Semlm kena, hari ini sudah kembali... bahaya sungguh!

LONDON:
Seramai 6,000 orang pelbagai peringkat usia di Britain, Jerman dan Amerika Syarikat menjadi kumpulan pertama disuntik vaksin selesema babi tajaan firma Switzerland dan ujian mengenai keberkesanannya akan mengambil masa setahun. Vaksin itu juga akan mula dijual sebelum ujian berkenan tamat, kata jurucakap firma Novartis, Eric Althoff.

Seorang penduduk Britain menjadi orang pertama disuntik vaksin itu, 10 hari lalu, katanya. "Kami memulakan ujian vaksin itu 10 hari lalu," kata Althoff. Ujian itu akan menguji sejauh mana penawar itu selamat atau sama ada satu atau dua suntikan diperlukan. "Kami beranggapan bahawa suntikan dua dos vaksin itu adalah diperlukan," kata Althoff lagi.

Sementara itu, satu lagi firma perubatan, Sanofi-Pasteur yang memenuhi 40 peratus keperluan vaksin dunia, menjangka mula mengujinya beberapa hari lagi di Amerika dan Eropah, kata jurucakapnya, Benoit Rungeard. Sanofi-Pasteur adalah unit syarikat Sanofi-Aventis SA berpejabat di Perancis.

Sejak selesema babi disebabkan virus H1N1 diisytiharkan sebagai pandemik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jun lalu, syarikat farmasi berlumba-lumba menghasilkannya. Bulan lalu, pengeluar ubat Australia, CSL menjadi pihak pertama menguji vaksin terhadap manusia di negara itu.

Lebih 35 negara membuat tempahan dengan Novartis untuk mendapatkan vaksin H1N1 termasuk Perancis, Belanda dan Switzerland. Sejak selesema babi mula dilaporkan merebak pada April lalu, ia membunuh sekurang-kurangnya 1,154 orang di seluruh dunia. Sebuah lagi syarikat perubatan, GlaxoSmithKline berkata sembilan lagi negara menempah 96 juta dos vaksin selesema babi sejak bulan lalu. Kira-kira 195 juta dos dan produk kesihatan ditempah negara termasuk Britain dan Amerika, menjadikan angka keseluruhan tempahan termasuk di Amerika kepada 291 juta dos.

Dalam satu kenyataan, Glaxo berkata, bekalan pertama vaksin itu akan mula dijual awal September.

Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan, ia masih percaya 2 bilion penduduk dunia akan kena penyakit itu. – Agensi


Salam 2 all.

KENYATAAN AKHBAR

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita.

Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN

Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Wednesday, August 05, 2009

Persoalan Harta Wakaf Untuk Ibu Bapa...

Soalan:
Acik mohon pandangan dari semua yg arif, adakah boleh acik membelikan sesuatu harta wakaf untuk surau seperti kain sejadah, Surah Yaasin dan sebagainya dgn niat untuk arwah ayah dan atas nama ibu acik?...

Adakah ini boleh dikira sebagai amal jariah yg boleh memberikan pahala buat mereka bila berada dialam barzakh kelak?...

Mohon pencerahan...


Akta keselamatan dalam negeri ISA menurut siasah syariyyah

Bismillah. Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.

PENDAHULUAN
Sejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat.

“….Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu….” Seru seorang wartawan dalam sebuah artikel akhbar politik tanahair.

Benarkah dakwaan bahawa ISA secara prinsipnya ialah satu kezaliman? Tepatkah kenyataan bahawa penahanan tanpa bicara tidak ada langsung sandarannya dalam syarak? Oleh itu akta ini wajib dihapuskan daripada undang-undang sesebuah negara bertamadun?

Atau mungkinkah penggunaan ISA pada asasnya diizinkan syarak, cuma perlaksanaannya mestilah dengan cara yang hak dan tidak menzalimi tahanan?

Friday, July 31, 2009

Bagaimana mengurus duit bonus anda?

Dari website terbaik berkenaan pengurusan kewangan...

Pakdi.My

Bila sebut masalah duit, ia sebenarnya ada 2 masalah.

1. Masalah kurang duit.
2. Masalah terlebih duit.

Mendapat bonus tahunan dari syarikat tempat anda bekerja merupakan satu masalah terlebih duit.

Berikut adalah cadangan untuk anda memperhabiskan dan mempergunakan duit bonus tersebut:

1. Bagi mereka yang sudah sekian lama mengamalkan konsep pay yourself first, masukkan je la duit bonus tu dalam akaun yang sama.

2. Bagi mereka yang masih tidak dapat simpan 30% dari keseluruhan pendapatan bulanan, maka cuba selesaikan apa-apa yang patut dengan duit bonus tersebut, khususnya hutang yang berkaitan kad kredit.

3. Sekiranya anda sudah membuat 2 perkara di atas, dan duit bonus masih banyak berbaki, la… itu pun nak saya bagitahu ke? Saya fikir isteri / suami dan anak-anak anda lebih mahir bab tersebut. Hehehe…


Acik akan update pendapat dari sahabat yang lain didlm forum Al-Fikrah.net dan Bincang.net...

Update
thtl :
orang dapat bonus ni kita tak risau sangat, yg kita dok kesihan ialah orang yg tak ada gaji dan tak ada bonus...hehehe

yg dapat durian runtuh tu...

1. reward diri sendiri

2. langsai hutang tertunggak

3. hak anak bini, vacation dan makan besar

4. hak kum kerabat, ibubapa yg utama

5. Pastikan kenderaan anda tip-top balik: tayar baru, tukar timing belt, ke

6. hak simpanan anda...jgn habiskan semua...saving utk investment

Thursday, July 30, 2009

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Friday, July 24, 2009

Caj Astro naik RM12 kerana BPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.
Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus).

Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.

Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.
Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

Hmm... selepas ini mungkin ada yang boikot takmo pasang Astro lagi... hehehe... acik mmg mempunyai account Astro namun ianya terletak di rumah mertua acik dan mereka yang membayarnya... Pada acik memasang Astro walaupun secara percuma namun dengan belanja setiap bulan lebih kurang RM60, baik duit tersebut digunakan untuk beli susu tepung NUGROW anak acik yang boleh dibeli 4 pek dengan nilai RM60 tersebut...

Thursday, July 23, 2009

H1N1: Malaysia catat kes kematian pertama

Korban ketiga H1N1 Jul 28, 09 12:07pm

Satu lagi kematian akibat influenza A (H1N1) dicatatkan dalam tempoh 24 jam - menjadikan tiga kematian dilaporkan akibat penyakit itu setakat ini.

Mangsa terbaru, seorang lelaki rakyat tempatan yang berusia 42 tahun, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang emalam


Isnin Julai 27, 2009
Kematian kedua H1N1 di Malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian kedua akibat influenza A(H1N1) apabila seorang lelaki berusia 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lepas meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.


PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian pertama kes H1N1 apabila seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.

Liow juga berkata, sebanyak 18 kes baru dilaporkan sehingga 8 pagi ini, membabitkan 17 jangkitan tempatan dan satu import.

Bank Rakyat untung RM668.5 juta

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM668.5 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2009, peningkatan 29.6 peratus atau RM152.7 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan keuntungan itu hasil pertumbuhan pendapatan untung bersih dan pendapatan berasaskan fi.

Jumlah pendapatan kasar meningkat 22.8 peratus kepada RM1.889 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata demikian ketika mengumumkan prestasi kewangan separuh pertama bank itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Sumber: Bharian

Sebelum itu,
Untung Bersih 2008 Bank Pembangunan Lepasi Aras RM1 Bilion Selepas 35 Tahun Operasi

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bank Pembangunan Malaysia Bhd (Bank Pembangunan) telah melepasi aras RM1 bilion buat pertama kali dalam sejarah 35 tahun operasinya.

Prestasi kukuh keuntungan bersih RM1,070.7 juta itu adalah berikutan peningkatan pendapatan operasi dan bukan operasi, pengurangan ke atas perbelanjaan dan pengurangan ke atas peruntukan pinjaman tidak berbayar, demikian menurut bank itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Isnin.

Menurut kenyataan itu, Bank Pembangunan telah memperkenalkan beberapa langkah proaktif bagi mengukuhkan lagi kualiti asetnya termasuk memperkenalkan kajian semula tahunan dan klasifikasi "senarai perhatian" bagi memastikan langkah pencegahan di ambil perhatian terhadap pinjaman sedemikian.

Katanya proses kelulusan permohonan baharu juga telah ditingkatkan bagi mengenepikan permohonan tidak berdaya maju dan tidak produktif dan ini telah mengunjur kepada pengurangan kelulusan pinjaman pada 2008.

Penambahbaikan terhadap pengurusan kredit menghasilkan impak positif di mana bank telah mengurangkan kadar Pinjaman Tidak Berbayar (PTB) bersih kepada 0.8 peratus pada 31 Disember, 2008, walau pun portfolio pinjaman menurun 2.7 peratus, katanya.

Pada 2008, Bank Pembangunan berkata 24 pinjaman berjumlah RM2.6 bilion telah diluluskan untuk membiayai berbagai-bagai projek dalam sektor infrastruktur, maritim dan teknologi tinggi berbanding kelulusan RM4.7 bilion pada 2007, yang melibatkan 67 pinjaman.

Pengeluaran pinjaman kekal pada RM2.1 bilion manakala pembayaran balik termasuk pra-pembayaran berjumlah RM655.5 juta, di mana sebahagian besarnya dari akaun PTB.

Pendapatan bersih faedah yang dicatatkan oleh Bank Pembangunan meningkat RM236.0 juta daripada RM441.4 juta pada 2007 kepada RM677.3 pada 2008, disebabkan oleh pendapatan pemulihan lebih tinggi yang diterima.

Dalam waktu yang sama, katanya pendapatan bukan faedah meningkat dari RM134.5 juta pada 2007 kepada RM510.6 juta pada 2008, diperoleh daripada pengasingan SME Bank.

Bank Pembangunan berkata kedudukan modalnya pada akhir 2008 terus menjadi antara yang terkukuh di dalam industri perbankan di mana dana pemegang saham telah meningkat kepada RM965.3 juta pada 2008 menjadikan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) adalah 28.3 peratus berbanding purata 12.7 peratus pada sistem perbankan.

Kualiti aset terus kukuh dengan penurunan jumlah PTB pada RM205.6 juta.

Nisbah PTB adalah pada 0.8 peratus pada akhir 2008, satu penurunan daripada 2.0 peratus pada tahun lalu dan lebih rendah berbanding purata industri, iaitu 2.2 peratus.

Bank itu berkata ia akan terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan dalam menyokong program pembangunan negara dan memastikan penjanaan keuntungan yang berterusan.

-- BERNAMA

Maksud Redha dan Munajat...

Soalan:
Saya ada beberapa persoalan kat sini....1. Apa maksud redha?2. Bagaimana untuk mencapai redha?3. Apakah petunjuk atau petanda yg Allah redha kat kita?4. Apa maksud munajat? 5. Bagaimana cara sebenar nak bermunajat?p/s; mudah dikata tp tak tahu apa sebenarnya........

Jawapan:

Anda akan temui topik ini dalam kitab-kitab ala tasawwuf atau
dinamakan Fiqh albatin. Kita syorkan kitab spt Madarij asSalikin
oleh alhafeedz Ibn Qayyim alJawzea, Minhaj alQaasyidin oleh
alhafeedz Ibn Rajab alHanbali, Ihya' Ulumiddin yg disyarh oleh Ustaz
Sa'eed Hawwa yg diberi jodol Tazkiah anNafs. (semua kitab2 ini sudah
diterjemah)

1. Redha menurut Ibn Rajab alHanbali (w. 774H), Ridha ialah suatu
perasaan yg berlawanan dgn hawa nafsunya. Cth, bila dia ditimpa
musibah, dia menerima penderitaan walaupun bertentangan dgn hawa
nafsunya.

Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi ialah ridha akan qadha (ketentuan
Allah) dgn tabah dan lapang dada. Berdo'a dan dari lari dari sesuatu
waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak ridha (al_Islam jld 1).
Dr Qardhawi pula Ridha adalah buah iman kepada taqdir (ketentuan
Allah) dan qana'ah (merasa cukup) dgn rezki yg Dia berikan. (alIman
bil Qadr)

2. Cara mencapai ridha?
Ia adalah buah iman kepada Qadha' dan Qadr. Ia adalah latihan
keruhanian. Menurut Ibn Rajab, qadha' tercapai bila kita peka dengan
percaturan ALlah jauh lebih baik dari percaturan kita, perancangan
Allah jauh lebih baik dari perancangan kita; kemudian meyakini
disebalik segala ujian itu tersimpan pahala yg besar dan akhir
sekali disebalik musibah dan ujian itu adalah mendapat cinta agung
dari ALlah SWT

Wednesday, July 22, 2009

Kisah susu ibu

Nukilan dari email...


Haaa....ni kisah benar dan menarik nih !
Citer dia camni .....Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

DUBLIN 22 Julai - Selepas dua bulan penelitian terhadap tanda kewujudan penganiayaan endemik, para pegawai hari ini terkejut apabila laporan mendapati ratusan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh paderi-paderi Katolik di Ireland.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kerajaan diketuai oleh hakim yang menjalankan siasatan itu mendapati penderaan seks yang dilakukan oleh paderi-paderi yang berada di bawah pengawasan biskop, gereja terbesar di Dublin itu telah bermula sejak Mac 2006 lagi.
Ketua Biskop Dublin, Diarmuid Martin dalam laporannya kepada Menteri Kehakiman, Dermot Ahern semalam, mengingatkan bahawa pendedahan itu akan mengejutkan semua pihak.
Untuk pertama kalinya, siasatan itu mendapati bagaimana gereja paling berpengaruh Roman Katolik yang dikuasai rakyat Ireland itu mengadakan hubungan `haram’.
Sementara itu, jurucakap bagi pihak biskop berkata, pihak berkuasa mendapati sejak tahun 1940, terdapat 400 hingga 450 orang menjadi mangsa penderaan seks oleh setiap seorang daripada 152 paderi. - AFP

Sumber: Utusan Online

Kesimpulannya, semua manusia telah dianugerahkan oleh Allah akan nafsu hendak memiliki pasangan hidup... Setiap dari kita dijadikan secara berpasang-pasangan... mengapa perlu mengubah hakikat kejadian manusia ini??

Tuesday, July 21, 2009

Nilai akhlak dalam budaya orang bukan islam

Sekali lagi acik tertarik dgn sebuah tajuk dari blog saudara Suparjo
Inilah yang berlaku rentetan kematian Teoh Beng Hock. Tunangnya, Soh Sher Wei sudah hamil sedangkan mereka belum berkahwin. Mungkin itu mengejutkan, tetapi yang lebih mengejutkan ialah apabila ayah mendiang Teoh Beng Hock iaitu Teoh Liang Fai yang berusia 61 tahun telah menerima keadaan ini sebagai biasa. Katanya, "perkara biasa, tolong jangan pandang serong,"


Didalam masa yang sama bila acik baca suratkhabar Harakahdaily Kematian Teo: Tegakkan keadilan tanpa batas kaum, agama
PAS bersama-sama rakan Pakatan Rakyat sepakat mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja supaya satu penyiasatan yang bebas, adil dan telus dapat dilakukan terhadap kematian Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Thursday, July 16, 2009

Jakim ambil alih keluar sijil halal

KUALA LUMPUR 9 Julai - Semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu yang berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Katanya, Kabinet berpendapat HDC perlu memberikan tumpuan kepada fungsi asalnya untuk membangunkan produk dan hab halal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

''Dengan pengambilalihan tugas ini, Jakim kini bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal Malaysia bagi produk tempatan dan luar negara serta menguruskan soal-soal pembayaran untuk mendapatkan sijil berkenaan.

''Jakim sebenarnya mempunyai pengalaman luas untuk menguruskan pengeluaran sijil halal ini kerana ia telah menjalankan fungsi sama sebelum peranan ini diserahkan kepada HDC pada April tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelbagai pihak sebelum ini membantah langkah menyerahkan pengeluaran sijil berkenaan kepada HDC kerana mendakwa ia mempunyai kepentingan dalam perniagaan dan akan menyebabkan pengeluaran sijil berkenaan tidak telus.

Selaras dengan keputusan itu, Jamil Khir berkata, semua kakitangan kerajaan yang dipinjamkan kepada HDC bagi menguruskan urusan pengeluaran sijil dan membuat pemantauan akan diserap semula ke Jakim.

''Kakitangan terbabit terdiri daripada pegawai Jakim yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik serta kakitangan Kementerian Kesihatan yang telah dipinjamkan bagi membuat pemantauan," jelasnya.

Menurut beliau, semua sijil halal yang telah dikeluarkan oleh HDC sebelum ini adalah sah untuk digunakan sehingga tarikh tamat tempoh.

''Sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim akan terus menggunakan reka bentuk logo lama, sama seperti yang telah dikeluarkan oleh HDC," jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan juga akan memastikan Jakim dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya ia lebih cekap dan berkesan.


Pelik jugak acik, sebelum² nie bukan mmg JAKIM yang keluarkan logo halal ke?..

Indahnya Malam Pertama

Sumber dari Bernama 'email'...

Indahnya Malam Pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita....

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan Kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... Mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun.....harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak Ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok Dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung Dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih....

Itulah sosok Kita......

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita....

Bahagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan

Tataplah.... Tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... Langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan Dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin.....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . Yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. Pengantar akhir k Erin duan



Dan akhirnya..... Tiba masa pengantin..

Menunggu Dan ditinggal sendirian,

Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan...

Ditemani rayap-rayap Dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu.......



Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk

Membacanya terus hingga ke akhir.



Tiap Hari inilah yang Kita lalui.... Susah vs. Senang.. Dunia semua yang

Mengasyikkan. . Menyita perhatian Kita. Sedangkan dunia nyata yang

Menjemukan lupa Kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang

Nantinya akan Kita bawa kepada NYA.

Wednesday, July 15, 2009

Metod memfatwakan MU haram atau Nike haram dinamakan fatwa2 KEZUTAN. Semisal dengannya, ialah fatwa haramnya demokrasi, muzik, nyanyian, dan camera.

Kenyataan dari saudara thtl (Founder Al-Fikrah.net):

Metod memfatwakan MU haram atau Nike haram dinamakan fatwa2 KEZUTAN. Semisal dengannya, ialah fatwa haramnya demokrasi, muzik, nyanyian, dan camera.

Fatwa2 ni walaupun benar, tapi ia dilakukan pada suasana yg salah, melawan arus dan yg berfatwa tidak dapat menawarkan alternatif kepada orang ramai.

Cth: MU adalah global fenomenon. sedangkan dalam negara2 OIC tidak ada alternatif kelab yg setanding dengannya.

Nike adalah brand jenama sukan global dengan kilang di Malaysia dan Indonesia.
Camera adalah alat yg mesti pada orang ramai, hingga ia dipasangkan secara wajib pada henfon...

Jadi, fatwa2 melawan arus ni sebenarnya tidak perlu, kerana walaupun ia dikeluarkan, ia tidak mampu menghindari org Islam sedunia dari meminati atau membelinya.

MU diminati kerana bolanya, Nike kerana mutu pakaiannya, camera memberi pelbagai kegunaan kpd manusia seharian...

Jadi, ia termasuk fatwa2 yg akan ditinggalkan oleh orang ramai kerana ia tidak kena pada masanya, dan alternatifnya tidak ada...

Sumber: Al-Fikrah.net

Barulah acik paham sekrang nie...

Antara michael jackson & marwa al-sharbini...

Al-Fatihah!...

Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa
berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Sumber: epondok.wordpress.com

BN terus ditolak rakyat, PAS perlu kaji menang tipis

Rakyat kelantan di Manik Urai telah membuat pilihan mereka terhadap siapa bakal menjadi pemimpin mereka disana... Namun melihat kepada majoriti yang tak begitu banyak iaitu 65 undi saja menunjukkan seakan ada sesuatu yang tidak kena disana.

Acik yakin dan percaya bahawa rakyat kelantan di DUN Manik Urai sentiasa memilih pemimpin yang berkaliber dan mereka sentiasa melihat kepada tokoh kepimpinan yang ada pada seseorang itu berbanding melihat kepada Parti yang mereka terajui.

Justeru itu, acik dengar berita yang mengatakan bahawa kedua² pemimpin ini sendiri tidak mengundi disana di Manik Urai membuktikan bahawa mereka bukanlah rakyat tempatan di situ. Mungkin disebabkan itu timbul perasaan kurang senang rakyat di Manik Urai dengan pemilihan pemimpin oleh pucuk pimpinan PAS dan BN.

Mungkin ini menjadi jawapan yang menyebabkan bilangan majoriti yang dahulunya lebih dari 1 ribu menjadi hanya 65 majoriti sahaja yang diperolehi... Apapun, tahniah diucapkan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) diatas kejayaan mereka sekali lagi di Manik Urai.

Tuesday, July 14, 2009

Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia 2009


NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu.

Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta.

"Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya.
Najib Kemudian menghabiskan masa kira-kira 30 minit bermuzakarah bersama ahli syura jemaah tabligh. Antara mereka ialah Sheikh Mohamad Ali. Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan memasuki khemah khas untuk tetamu kehormat.

Jurucakap jemaah tabligh, Ridzuan Mohd Sagir, berkata mereka yang turut serta dalam muzakarah itu ialah tetamu luar negara seperti Prof Abd Rahman dari India.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut sama meluangkan masa kira-kira 45 minit menghadiri perhimpunan itu, semalam.
Sebaik tiba kira-kira jam 1.30 tengah hari, beliau mendengar taklimat mengenai majlis itu sebelum menyertai solat Zuhur berjemaah bersama peserta dari 40 negara termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India.

"Perdana Menteri bersama ahli syura tidak bercakap mengenai hal keduniaan, sebaliknya membincangkan perkara keimanan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT," katanya.

Seorang lagi anggota jemaah tabligh yang turut menghadiri pertemuan itu, Prof Hanim Tahir, berkata Perdana Menteri turut meminta jemaah tabligh ketika berdoa di majlis penutup hari ini, mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Terdahulu, pada tengah hari semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama jemaah dari 40 negara, termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin menyifatkan perhimpunan berkenaan yang terbesar di dunia dan bersyukur kerana dapat menghadirinya serta bertemu pemimpin jemaah yang membicarakan soal cinta kepada agama, semangat ukhuwah Islamiah, bersikap sederhana dan usaha menyatukan ummah.


Sebenarnya acik tidak berkesempatan untuk hadir ke Ijtimak Tabligh ini yang julung² kali diadakan dinegara kita ini… akhir sekali diadakan pada tahun 1982 rasanya… Namun dari seorang sahabat acik yang sempat pergi ke Ijtimak tersebut… beliau menceritakan bahawa pihak organizer mmg telah merancang majlis ini dengan teliti…

Bayangkanlah dengan khemah, dengan bilik air dengan soal untuk memberikan makanan untuk mengambil wuduk dan sebagainya semuanya berjalan dengan lancer dan sejahtera sekali… Beliau jugak tidak menyangka ada jugak ahli politik seperti Perdana Menteri dan diakhiri oleh Duli Yang Dipertuan Agong turut serta menghadiri Ijtimak ini…

Mudah-mudahan lebih banyak lagi acara seperti ini akan diadakan dan mudah-mudahan selepas ini acik akan turut serta menyertai jemaah tabligh selama 3 hari ini yang kebiasaan dibuat di Sri Petaling…

Mengapa Mahu Kekayaan Tanpa Usaha?


Acik diberitahu oleh seorang teman yang bekerja di sebuah Bank berdekatan Jalan Sultan Ismail disini tentang kisah suatu Skim... Menurut kawan acik ini; "die kata icash...guna kad..berbelanja & dpt bonus...tp kena topup sebulan rm120...& duit tuh akan beranak masa bulan ke 9 jd rm3570"... Perghh... seperti menggerakkan sampan tanpa dayung..guna tangan...lambat sampai diibaratkan...

Kadangkala kalau kita berfikir secara logik... ibaratnya situasi begini... Apakata kalau suatu hari kita pergi ke Bank dan buat cadangan kepada pegawai bank tersebut negini "Saya ingin mendepositkan RM1 juta didalam Sijil Simpanan tetap. Saya ingin membuat pengeluaran faedah ke atasnya serta merta. Bagaimanapun saya belum bersedia untuk membuat pembayaran deposit itu skrg"...

Pegawai bank akan kata "mustahil!" itulah yang biasa peniaga atau pelabur (downline) mahukan... ganjaran terlebih dahulu tanpa sebelum mendepositkan usaha mereka... Ganjaran tanpa usaha amatlah mustahil!...

Sebab itu kena ingat satu perkara... hendak senang tidaklah sesenang hendak susah... Setiap sesuatu yang hendak kita perolehi pasti memerlukan pembayaran usaha yang setimpal dengan apa yang hendak kita perolehi...

ALOR STAR: ‘derma’ RM30, ‘pahala’ sehingga RM600,000!

Itulah janji manis skim cepat kaya baru yang dikesan aktif di negeri ini dengan cuba menutup muslihatnya di sebalik agama, kononnya berkonsep amal jariah sesama Islam dan sumbangan ummah.

Risalah mengenai skim tanpa nama dan siapa atau syarikat penciptanya itu kini diedarkan di tempat ibadah seperti di surau dan masjid, selain taman perumahan yang diketahui didiami ramai keluarga Islam terutama di luar bandar.

Pada lampiran pertama daripada lima muka surat yang tertera ‘Sudut Motivasi’ pengendali skim mendakwa program itu amalan tanpa wujud syak wasangka dan jika dijalankan secara ikhlas dengan menderma RM30 sekali seumur hidup akan menyebabkan saudara seagama ‘senang’.
Pengendali yang hanya menggelar dirinya ‘Motivator’ juga mendakwa program itu ‘perkongsian bijak’ yang sukar dibayangkan hasilnya dengan pelabur hanya perlu membuat salinan risalah berkenaan sebanyak mungkin dan mengedar di tempat strategik terutama di masjid dan surau.
Konsep skim itu juga cukup mudah dengan pada lampiran akhir risalah itu dilakarkan empat kotak dalam bentuk empat segi dengan kotak di atas kanan tertera ‘peserta terdahulu’ dan kiri pula ‘peserta giliran satu’.

Pada dua kotak di bawah pula tertera ‘peserta giliran dua’ di sebelah kiri dengan semua ketiga-tiga kotak berkenaan mempunyai ruangan untuk menulis nama, nama bank, jenis akaun dan nombor akaun individu tertentu.

Pada kotak terakhir bawah sebelah kanan pula dicatatkan penerangan mengenai kaedah skim itu berjalan, iaitu orang ramai yang berminat melabur perlu memasukkan RM30 ke nombor akaun peserta giliran satu.

Selepas itu pelabur diminta menganjakkan maklumat dalam kotak peserta giliran satu ke peserta terdahulu manakala maklumat sedia ada dalam kotak peserta terdahulu sebelum ini dikeluarkan.

Maklumat di kotak peserta giliran dua pula diisi maklumat pelabur terbaru dan mengikut perancangan skim berkenaan, mereka akan mula menerima habuan jika ada dua pelabur selepas mereka.

Risalah itu juga memaparkan pengakuan daripada beberapa individu termasuk kononnya mereka yang bergelar haji mendapati akaun banknya melonjak tanpa diketahui daripada mana sumbernya sebanyak RM600,000 hanya selepas membuat pelaburan RM30 setahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail, berkata skim cepat kaya kini menggunakan pelbagai ‘wajah’ untuk menipu orang ramai.

Menurutnya, jika skim untuk membantu sesama ummah itu benar, mengapa mereka harus berselindung dan tidak mendaftar perniagaan sehingga tergamak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara.

“Sudah diketahui menjadi kesalahan jika mengutip dana kewangan daripada orang ramai tanpa kebenaran dan lesen Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mungkin RM30 dilihat jumlah terlalu kecil, namun jika sejuta orang terpengaruh dengan skim ini, bukankah jumlahnya RM30 juta.

“Lagipun kita tidak tahu siapa sebenarnya peserta giliran satu dan dua ini. Adakah benar mereka pelabur baru atau hanya anggota sindiket ini,” katanya.

Yusoff berkata, Cake menerima banyak aduan mengenai skim cepat kaya walaupun kerajaan menjalankan pelbagai usaha menyedarkan rakyat mengenai penipuan skim seumpama itu.

“Yang terbaru kami menerima aduan daripada seorang individu yang melabur RM100 untuk mendapat keuntungan RM300 dalam masa seminggu, tetapi akhirnya tertipu,” katanya.

Sumber: HarianMetro

Thursday, July 09, 2009

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan


Acik ada membuka topik mengenai Rumah Khir Toyo RM24 juta di Shah Alam?! di forum Al-Fikrah.net... Seorang saudara bernama Azizi telah menegur akan perbuatan acik tersebut dengan mengatakan bahawa acik telah berbuat ghibah...

Hmm... setelah mencari makna perkataan ghibah ini barulah acik faham apa yang sebenarnya beliau tegurkan...

Ghibah adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengum-pat/menggunjing).
Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.

Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:
“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.
Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:
“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:
a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.
5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

Wallahu a’lam bishshawab

Sumber: Ibnu Taimiyah, Imam Syuyuthi, Imam Syaukani,, Maktabah Al-Manar, Yordania.

Mudah-mudahan acik dpt belajar dari kesilapan dan cuba untuk tidak lagi membuka topik² yang boleh menyebabkan acik membuat ghibah terhadap seseorang terutama pemimpin...

Wednesday, July 08, 2009

Kerajaan Akur Pada Tuntutan Rakyat Hapus PPSMI

Hmm.. pendapat acik didalam menangani masalah ini ialah dengan kita membuat pengkelasan… bagi murid atau pelajar yang berminat untuk mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris maka bolehlah dibuat satu kelas untuk mereka. Dan bagi yang tidak berminat pula bolehlah dibuatkan satu kelas yang lain pula. Sekiranya didalam peperiksaan kelak, mereka boleh menjawab didalam kertas soalan mengikut pilihan bahasa yang mereka sukai… Molek dak?

Kerajaan Umno-BN selepas 6 tahun akhirnya mengakui bahawa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) gagal mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan, sebaliknya ia menjejaskan pembelajaran murid-murid.

Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin mengumumkan program ini akan dihapuskan bermula 2012 dan matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa kebangsaan.

Manakala di sekolah-sekolah jenis kebangsaan ia akan diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

PPSMI dilaksanakan pada 2003 dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Cendekiawan dan para pendidik tempatan memberi amaran program ini akan menjejaskan pembelajaran murid-murid, namun bantahan rakyat dijawab dengan ledakan gas pemedih mata dan semburan meriam air dalam satu perhimpunan aman 8 Mac lalu

Sumber: TVantara.com

Seorang sahabat acik berkata:
tak pe... look it on the bright side ... semua negara2 super power dunia menggunakan bahasa sendiri, aku dok pergi negara2 maju kebanyakan org diorang tak pandai english,
what makes them power, is the willingness and the believe to put upon thier own language into the centre of the knowledge world.

Sumber FORBES Magazine
US = English L (99% know english) - dah bahasa diorang....
China = Mandarin/ Cantonese L (90% doesn't understand english at all)
Japan = Japanese L (70% doesn't understand english)
France = French L (80% do not give a damn about english)
Germany = German L (90% hate english)
Saudi Arabia = Arabic L (60% zero english)
Russia = Russian L (85% zero english)
Spain = Spanish L (60% zero english)
Italy = Italian L (70% zero english)

MALAYSIA = (80% understand and very well verse in english), but yet kita masih mundur, bangsa tak dihormati, we always become the follower,
Negara2 di atas even kalau sesiapa nak masuk ke university diorang pun wajib belajar bahasa diorang for international student, negara kita ada wajibkan bahasa melayu
utk international student?, masa aku jadi Head kat KLMU, international student tak perlu ambil subject bahasa melayu, cuma wajib ambil bahasa english. Kat Monash University ni lagi la, wajib belajar salah satu bahasa berikut, Japanese, Chinese, French dan yg paling aku terkejut ialah Bahasa Indonesia pun masuk dalam list... mana pergi Bahasa Malaysia? So look it on the bright side, sokong lah pendekatan Tan Sri Muhyiddin, Hishamuddin dan jugak PM kita Najib....

Dapur tiada sijil halal - Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC

KUALA LUMPUR – Hanya 170 dapur hotel daripada lebih 2,000 hotel di negara ini mempunyai sijil halal yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.
Katanya, antara faktor yang menyebabkan pengusaha hotel terbabit gagal mendapatkan sijil tersebut ialah kelewatan mereka menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada HDC.

“Masalah utama sijil halal lewat diproses ialah kerana pihak kami terpaksa menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada pengusaha-pengusaha hotel itu seperti sijil halal bahan kandungan dan rempah.

“Maklum balas terhadap permintaan kami amat lembab. Dalam mengeluarkan sijil halal dapur, kami perlu tahu semua bahan yang digunakan di dapur, di mana mereka membeli bahan kandungan dan sama ada pembekal mereka itu mempunyai sijil halal atau tidak,’’ katanya pada sidang media di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

Terkedu acik dengar berita dlm Kosmo! ni... mana taknya minggu lepas acik baru saja pergi bercuti ke Melaka dan menginap di Mahkota Hotel Melaka... Namun acik hanya mengambil breakfast di pagi Ahad sahaja memandangkan hari sebelumnya acik makan di Umbai, Melaka... pekena ikan bakar...

Isu mengenai hotel yang mengeluarkan makanan yang tiada status halal haram ini dah lama berlaku... Acik masih ingat lagi suatu ketika sampai keluar di Buletin Utama masalah pihak Hotel yang tidak menyediakan garis panduan mengenai makanan halal dan haram di hotel. Makanan yang mengandungi arak dihidangkan secara berleluasa. Jadi tidak hairanlah seandainya dapur di Hotel² ini juga masih tidak memiliki sijil halal...

Firasat acik mengatakan bahawa seakan mustahil jugak nak menangani masalah status halal di hotel² ini memandangkan pemiliknya dan tukang masaknya terdiri dari kalangan orang bukan islam yang sememangnya masih jahil mengenai makanan yang dibolehkan dan makanan yang diharamkan oleh islam untuk memakannya...

Monday, July 06, 2009

Semuanya gara² Khinzir...

Pelik... mmg pelik jika difikirkan masalah yang menimpa sekarang ni di seluruh dunia amnya dan juga di Malaysia khususnya...

Semuanya gara² makhluk tak berleher yang diciptakan oleh Allah dikenali sebagai Influenza A ops! khinzir atau babi ini...

Bayangkanlah gara² babi maka berlaku perpecahan antara kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS dan DAP...

Tak masuk dek akal betul...

Isu yang berbangkit adalah masalah pusat penyembelihan babi di tempat awam di Kg. Berjaya yang telah beroperasi secara haram selama lebih 30 tahun. Pihak Kerajaan Negeri telah mengeluarkan notis pemindahan dan perobohan namun tiada tindak balas. Sebaliknya dilapurkan bahawa mereka memohon masa untuk berpindah. Namun apabila tiba masanya mereka gagal berpindah. Jadi saya berpendapat tindakan pihak Majlis adalah wajar dan berpatutan.

YB Zulkifli Noordin

Laa nie virus influenza A H1N1 disebabkan babi jugak... erm alahai... sumer gara² babi... lepas ni memang kena boikot cukup² babi nie.. hehehe...

Nabi Muhammad Pemimpin paling berpengaruh didunia...

Acik memetik satu artikel yang diberikan sempena ceramah yang bakal berlangsung tgh hari ini di pejabat acik. Penceramah ialah Sdr. Ann Wan Seng - S/U Agong Persatuan Cina Muslim Malaysia (Penerima Anugerah Maal Hijrah 2008 Peringkat N Selangor)

1. "Pemilihan Muhammmad sebagai tokoh paling berpengaruh didunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya kerana hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang berjaya dalam keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat didunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan terus berkembang."- Michael H. Hart -The 100 Ranking Of The Most Influential Persons In History.

2. " Saya yakin sekiranya manusia sepertinya (Muhammad SAW) diberi peluang memerintah dunia moden ini, beliau pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah yang ada sehingga mendatangkan kedamaian dan kebahagiaan pada kehidupan. Saya pernah menyatakan agama ajaran Muhammad ini, suatu hari nanti dapat diterima di Eropah" -George Bernad Shaw; The Genuine Islam".


Jika org bukan islam boleh memberikan satu komentar yang menunjukkan kebagusan dan kehebatan Nabi Muhammad sebagai Tokoh pemimpin yg berpengaruh... masakan kita selaku umat nabi SAW tidak merasa bangga?

Mudah-mudahan kita selaku umat Muhammad SAW berbangga dengan adanya baginda yang menyampaikan risalah dan mengerakkan para sahabatnya untuk menyampaikan islam ke negara kita ini.

Seandainya Michael Jackson (atau nama islamnya Mikaeel) masih hidup dan telah memeluk islam, berkemungkinan beliau juga akan menjadi idola untuk rakyat eropah merapati islam dan seterusnya memeluk agama yang benar dan tiada yang lebih tinggi melainkan agama islam...

Wallahu a'lam bisshawab.

Isu kemasukkan ke Islam: Tahniah Yang DIpertuan Agong...

Acik memetik isu yang dibawakan oleh Ust. Zulkifli Nordin, penceramah DBKL yang kini tidak boleh lagi berceramah disana...

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang telah menitahkan supaya deraf rang undang-undang berkaitan isu kemasukan ke Islam. Tiga rang undang-undang yang dicadang untuk dipinda itu adalah

1. 1. Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil);
2. 2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam;
3. 3. Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.

Tujuan pindaan ini adalah untuk menangani masalah apabila seseorang bukan Islam daripada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam dan pasangannya tidak mahu menuruti memeluk Islam. Persoalan timbul tentang status perkahwinannya, kedudukan status agama dan hak penjagaan anak-anaknya, harta sepencarian semasa perkahwinan, dan jika mereka mati bagaimana harta pusaka mereka hendak dibahagikan.

Masalah ini timbul kerana Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil) tidak memberi sebarang peruntukkan kepada mu'alaf tersebut untuk memfailkan petisyen untuk membubarkan perkahwinannya serta mendapatkan perintah-perintah sampingan yang berkaitan.

Oleh itu mu'alaf tersebut tidak ada pilihan lain selain pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah sewajarnya. Bagi maksud itu, Mahkamah Syariah sememangnya mempunyai bidangkuasa menurut Seksyen 46 (2) Akta Keluarga Islam. Berdasarkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa didalam kes-kes yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa.

Tetapi kemelut timbul apabila mereka yang bukan Islam tidak mahu dan enggan pergi ke Mahkamah Syariah. Ini adalah kerana timbul salah tanggapan bahawa jika mereka pergi ke Mahkamah Syariah saperti mereka memeluk Islam. Ini ditambah pula oleh propaganda pihak-pihak tertentu yang menakut-nakutkan golongan bukan Islam ini bahawa Mahkamah Syariah akan bertindak tidak adil dan memihak kepada orang Islam sahaja.

Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah kerana sekiranya mereka yang bukan Islam, terutamanya wanita tahu tentang keadilan dan kesaksamaan perundangan Islam, mereka akan berebut untuk memilih dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Contohnya bagi wanita bukan Islam, suami mereka boleh juga menuntut nafkah jika mereka termasuk golongan tidak berupaya. Sedangkan didalam Islam wanita tidak boleh dibebankan dengan tanggunjawab nafkah. Kedua, wanita Islam akan dibayar pampasan perceraian dalam bentuk mut'ah. Ini membolehkan mereka mempunyai modal untuk meneruskan hidup selain menerima nafkah eddah. Sedangkan didalam undang-undang sivil tiada peruntukkan sedemikian.

Di Mahkamah Syariah, mereka hampir pasti mendapat hak penjagaan anak-anak dibawah umur 9 tahun, sedangkan di Mahkamah Sivil belum tentu lagi. Didalam perundangan Islam, jika bekas suami mereka tidak mampu membayar nafkah, bekas isteri boleh menuntut daripada keluarga bekas suami termasuk bapa, adik beradik dan lain-lain. Malahan jika tiada pihak, maka si isteri boleh menuntut dan Mahkamah Syariah boleh memerintahkan baitulmal untuk menanggung nafkah si isteri dan anak-anak. Sedangkan di Mahkamah Sivil, jika si suami tidak berkemampuan atau menghilangkan diri, si isteri tiada alternatif lain untuk mendapatkan nafkah.

Bagaimanapun, apa yang lebih penting dalam isu ini ialah mengapa kabinet mengambil pendekatan memindahkan bidangkuasa kes-kes saperti ini ke Mahkamah Sivil dengan memansuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mengapa tidak di ambil pendekatan untuk memperkemaskan dan memartabatkan lagi institusi Mahkamah Syariah dalam kes-kes saperti ini.

Persoalan pokok yang menajdi isu bagi umat Islam, apakah jenis undang-undang yang akan dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil bila membicarakan isu yang membabitkan perundangan Islam. Bagaimana jika Hakim yang membicarakan kes itu datangnya daripada bukan Islam?

Bagaimana beliau mahu menafsir perundangan Islam beradsarkan tafsiran mana? Selanjutnya dari segi Perlembagaan, hal agama adalah didalam bidangkuasa negeri dimana Tuanku Raja-Raja adalah Ketua Agama dengan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah pemindahan bidangkuasa ke Mahkamah Sivil ini secara tidak langsung memprejudis kuasa Raja-Raja?

Atas sebab itulah merupakan satu tindakan bijak bagi Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menasihatkan kabinet supaya menangguhkan pembentangan dan perbahasan rang undang-undang tersebut.

Semoga kita akan dapat menyelesaikan isu dengan bijak dan membawa kebaikan kepada semua pihak. Nasihat saya kepada kabinet, dapatkanlah dahulu pandangan semua pihak khususnya kalangan ulama', para mufti dan lain-lain pakar perundangan Islam sebelujm mengambil tindakan selanjutnya.

Apa jua pun, saya mengucapkan tahniah kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang betindak bijak dan tegas dalam mempertahankan kesucian dan martabat agama Islam dalam negara ini.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
07 Rejab 1430
30 Jun 2009

Thursday, July 02, 2009

Kit Siang: Malaysia Perlukan Ketua Polis Negara Baru

Acik terfikir dalam hati… adakah kerana banyaknya kes² melibatkan bangsa Lim Kit Siang ini sendiri menyebabkan beliau membuat kenyataan begini…

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera memecat Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana gagal membendung jenayah yang semakin berleluasa.

Berucap pada majlis himpunan perdana Pakatan Rakyat, Kit Siang berkata Malaysia memerlukan Ketua Polis Negara yang baru dan berwibawa untuk meningkatkan tahap keselamatan rakyat.

“Kadar jenayah di negera ini bertambah teruk sejak lima tahun dahulu. Siapa perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini jika bukan Inspector General Polis (IGP) Musa Hassan,” kata Kit Siang. “Kita mahukan IGP baru untuk menggantikan Musa Hassan,” tambah beliau.

Kit Siang berkata hanya Ketua Polis Negara baru mampu membawa visi dan misi baru untuk menjadikan polis sebuah pasukan berkaliber dan bermutu antarabangsa.
Hadir sama di majlis ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam ucapannya, Kit Siang turut mempersoalkan tindakan tergesa-gesa Barisan Nasional membentangkan usul Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan (SIAP) di Parlimen.

Beliau menganggap rang undang-undang berkenaan sebagai “separuh siap” yang hanya akan menjurus kepada penubuhan sebuah lagi suruhanjaya yang tidak berwibawa.
Menururtnya, penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak selaras dengan cadangan Suruhanjaya DiRaja yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku polis (IPCMC).

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal melaksanakan cadangan itu walaupun dilaporkan bersetuju dengan hasil rumusan Suruhanjaya diRaja itu.
“Cadangan berkenaan dibuat untuk mewujudkan perkhidmatan polis yang cekap dan bersih, tidak korup, dan bertaraf antarabangsa dengan tiga tujuan iaitu untuk mengurangkan jenayah, bersihkan korupsi dan membela hak asasi,” kata Kit Siang. .
Kit Siang berkata kritikannya terhadap polis banyak menjurus kepada pucuk pimpinan badan itu dan segelintir pegawai yang gagal memelihara nama baik Polis diRaja.


Namun acik bersetuju bangat dengan mengatakan bahawa kadar jenayah semakin hari semakin meningkat dinegara kita ini... Rumah acik sendiri pernah dimasuki pencuri setahun yang lalu mengakibatkan banyak kehilangan harta benda... Perbuatan tersebut seakan tidak mendapat jalan penyudah bilamana diajukan dan direportkan kepada pihak polis...

Mungkin pihak polis akan mengatakan bahawa pihaknya susah untuk menyelesaikan kes² jenayah yang melibatkan pendatang tanpa izin. Kita juga masih tertanya² apakah kesudahan penjenayah yang terlibat didalam kes Nurin Jazlin suatu ketika dulu disamping kes jenayah Altantuya yang masih menjadi misteri...

Wednesday, July 01, 2009

Rokok Haram atau Makruh?

Acik terbaca isu didalam blog saudara Suparjo berkenaan tentang foto pada kotak-kotak rokok... Acik pelik jugak... kalau kita yang tidak hisap rokok ni pun rasa nak muntah... rasa takut betul tengok gambar² penyakit yang dibawa oleh rokok nie... tapi kenapa orang yg merokok terutama mereka yang suka mengelarkan diri mereka "perokok tegar" selamba saja... biasa saja... rasa tak bersalah pulak dia membeli dan menghisap rokok tersebut... Kat sini jelas... seperti yang dimaksudkan oleh firman Allah, segala perbuatan yag kita lakukan adalah atas kesilapan tangan dan diri kita sendiri... Kita yang suka menganiayai diri kita sendiri bukannya Allah!

Isu rokok ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan masih mengelirukan banyak pihak. Masih ramai yang mengangap merokok ini hukumnya makruh. Di Malaysia sendiri, masih ramai umat Islam yang merokok dan mengangap hukum merokok ini makruh.
Saya bukanlah pakar dalam menentukan hukum tentang merokok ini. Jadi, saya merujuk kepada pakar yang arif tentang hukum merokok ini. Berikut adalah maklumat yang saya temui tentang maklumat merokok:

1) Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa merokok adalah haram.
( Maklumat: Mufti Islam-> Tekan "Bank fatwa", -> "Fatwa Kedah" -> "Umum" -> "Merokok".

2) Artikel dari Islaam.com
Bertajuk "The Evil of Smoking".

3) Banyak artikel dari Fatwa-Online
Fatwa Online.

4) Soaljawab bersama Mufti Negeri Melaka
distance.mmu.edu.my

5) Fatwa Negeri Perlis.
Fatwa Perlis

6) Islam.tc

7) Islam Online

Sudahkah anda membaca artikel yang diberikan di atas ? Artikel tersebut menjelaskan bahawa "Merokok bukanlah MAKRUH, tetapi HARAM".

Sebenarnya, ulama bukanlah berselisih pendapat tentang merokok ini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah perbezaan pendapat antara ulama dahulu dan ulama sekarang. Ulama dahulu menyatakan merokok adalah makruh, tetapi ulama sekarang menyatakan merokok adalah haram.

Ulama terdahulu memberikan pendapat bahawa merokok adalah makruh kerana mengikut maklumat-maklumat yang ada ketika zaman dahulu. Mereka hanya memberikan perbandingan dengan memakan bawang dan petai.

Mereka juga memberikan alasan jika kita menghisap rokok beberapa kali sehari, ia tidak memberikan kesan penyakit dengan segera.
Tetapi, ulama hari ini menyatakan rokok adalah haram. Fakta yang diberikan lebih nyata dengan memberikan fakta berkaitan kesihatan (analisis sains), sosio-ekonomi dan sebagainya.

Ketika ini maklumat tentang kesan keburukan merokok adalah jelas, dan lebih ramai ulama ketika ini memutuskan bahawa merokok adalah haram. Dan, lebih ramai ulama yang ditanya akan menyatakan merokok itu adalah haram...
Hanya sedikit ulama hari ini yang menyatakan merokok itu makruh... Itupun kemungkinan mereka mengikut fatwa ulama terdahulu. Ketika ini, kita tidak lagi menemu fatwa bahawa merokok adalah makruh daru ulama-ulama yang bertauliah seperti mufti-mufti atau badan-badan yang berautoriti untuk memberikan fatwa. Jadi, ketika ini, semua fakta yang ditemui menunjukkan bahawa merokok adalah haram. Ketika ini, saya masih belum dapat artikal yang menyatakan merokok itu makruh.

Merokok telah dibuktikan merbahaya dan terbukti merbahaya secara saintifik:
a) Mengakibatkan Kenser dan Barah
b) Amaran oleh Kerajaan Malayasia - Merokok membahayakan kesihatan
c) Kos insuran hayat orang merokok lebih tinggi
Banyak maklumat tentang merokok boleh didapati:
a) di yahho.com: Smoking
b) Anti Merokok Indonesia: Anti Rokok

Berikut adalah sedutan berita dari NST ( http://www.nst.com.my/ ) bertarikh 20 Aug 2002:
"Health Minister Datuk Chua Jui Meng said there were six million smokers nationwide with 10,000 tobacco-related deaths annually. Ten thousand deaths a year translates to 1.2 deaths every hour or 38 deaths per day directly related to tobacco. This is a terrible prize to pay for tobacco addiction, he told a Press conference today. This was on the average more than the number of people dying of AIDS, tuberculosis, malaria, pneumonia and road accidents which came to 4,300 deaths a year. More than half the adults in the country were smokers with more than 3.5 per cent of adult women being smokers. Chua said 24.8 per cent of Malaysians smoked in 1996, an increase of 3.3 per cent or one million smokers over a 10-year period. Quoting the National Health and Morbidity Surveys 1 & 11, he said this was a frightening development as the number of youths who smoked increased by 1.1 per cent between 1996 and 1999"


Jadi, adakah anda telah yakin bahawa merokok itu haram ? Tahukah apa ertinya jika kita yakin bahawa merokok itu haram ? Apabila sesuatu itu (rokok) adalah haram, maka apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah haram: Membeli untuk orang lain atau diri-sendiri, menjadi penjual dan mengedarkan rokok adalah haram.

Jika merokok adalah perbuatan yang haram, sudah pastilah ia adalah sesuatu perbuatan yang sangat tidak elok. Kita akan berdosa jika kita merokok. Kita akan kerugian jika kita merokok. Kita akan diazab kelak, jika kita merokok. Janganlah ikuti tabiat pembuat maksiat di pub dan disko: di situ mereka hanya mengisap rokok, meminum arak dan berdisko !

Di situlah tempat orang yang begitu gila mengisap rokok boleh ditemui. Meminum arak adalah haram... Berdisko adalah haram, Merokok adalah .... ?
Kalau anda masih merokok... Hentikanlah. Apakah lagi maklumat yang anda mahu dan masih menyatakan merokok itu makruh ?

Diceritakan, seandainya, anda teramat ingin mandi di sebuah sungai. Ada dua orang yang anda tanya. Seorang memberitahu anda bahawa sungai tersebut ada buaya (bahaya ?) dan seorang lagi menyatakan bahawa sungai tersebut tidak ada buaya (tidak bahaya ?). Jadi, apakah keputusan anda ? Adakah sungai tersebut bahaya atau tidak untuk anda mandi ?

Tentu anda tidak berani untuk mandi di sungai tersebut !
Begitulah juga, secara bandingan; seandainya anda bertanya dari dua orang ulama tentang hukum merokok. Seorang ulama menyatakan Haram. Apabila haram, jika kita merokok adalah berdosa, kita akan di azab di atas dosa tersebut. Seorang ulama pula menyatakan hukum merokok tersebut adalah makruh. Ini, bermakna anda tidak berdosa jika merokok.

Jadi, pendapat ulama yang manakah yang anda akan ikut ? Anda sebagai orang yang bijak memilih keputusan, tentulah anda mengikut pendapat yang menyatakan merokok itu adalah haram.

Jadi, sebagai kesimpulannya, hukum merokok adalah haram, jadi kalau anda masih merokok... Hentikanlah, jangan tangguhkan lagi keputusan anda untuk berhenti merokok. Tidak ada gunanya anda masih mengikut pendapat yang menyatakan merokok itu makruh, kerana bilangan mereka semakin kecil, dan semakin ramai yang yakin bahawa merokok itu adalah haram. Kalau anda masih tidak puas-hati, silalah beri pendapat anda kepada kami. Terima kasih.

Wallahu a'alam. (Nukilan Tok Janggut Moderator BMM)

p/s: Jika terdapat unsur-unsur shubhah lebih baik dijauhkan berdasarkan Hadith Bukhary Muslim :"Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut."

Mengapa perlu memakai Kredit Kad berbanding Debit Kad?

Arini nak jadi pakar motivasi kewangan pulak acik nie... ehemm... almaklum didalam kehidupan kita seharian kita mesti merancang dengan baik, jikalau kita gagal merancang maka sebenarnya kita merancang untuk gagal...

Rata² dari kita beranggapan bahawa dengan mempunyai kredit kad menunjukkan seseorang itu berada didalam kemewahan atau kelompok orang yang kaya dan senang hidupnya... Acik selalu perhatikan dikaunter² pembayaran waktu membeli belah di Warta atau di Komplek PKNS atau di Alamanda dan juga di Tesco Kajang (ini antara tempat² acik membeli belah ebelum ini)... cuma kat Tesco tue acik dah berhenti berbelanja sebab nak boikot israel jahanam!!

Ramai yang acik tengok seakan berbangga memiliki kad kredit berbanding acik yang hanya memakai kad debit sahaja... Antara kedua kad ini, debit dan kredit, takdelah banyak bezanya... keduanya jugak adalah sekeping plastik yang mudah dibawa kemana saja dan dimasukkan ke dalam dompet... Silap haribulan, mungkin kalau ada yang tak sedar, tiada bezanya orang yang memakai kad debit dengan kad kredit ini disebabkan ianya sama saja bentuknya... Tapi memanglah berbeza isi kandungannya...

Tuesday, June 30, 2009

Susahkah menjadi Khalifah Islam Dimuka Bumi?

Jawapan ini dipetik dari nukilan saudara Tok Janggut Moderator BMM

Susah. Memang susah.

Dunia diciptakan untuk mengakhirkan kita kepada salah satu di antara 2.
Syurga atau neraka. jalan Ke syurga tidak mudah. Jalan ke neraka tidak susah.
Maka tidak ada pengakhiran yang lain melainkan syurga, maka kerana itulah kehidupan di dunia ini menjadi susah.... tetapi tidak mustahil.

Kalau kita fikirkan adilkah Allah memberikan kita kesusahan ini? Saya rasa amat adil. KIta disuruh susah 40, 50, 60 70 atau paling-paling 100 lebih tahun. Tetapi dengan kesabaran hasil dari kesusahan ini kita mendapat ganjaran kesenangan di akhirat yang abdi... ie infinity, selama-lamanya.

Kesenangan yang lebih hebat dari apa yang kita ada kat dunia ini. Kalau kita perumpamakan dengan menyusahkan diri sedikit dengan hanya menyimpan 10 sen di dalam bank akhirat kita, Allah kuriakan dividen berbillion-billion percent.

Macam mana? tak untung ke perniagaan ini?"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang menguntungkan. Kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah swt" Maksud ayat surah as saff : 10

Terjemahan asal :# Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (QS. 61:10)# (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, (QS. 61:11)Kalaulah kerana kesusahan sedikit ini saya dapat keuntungan yang berbillion2 percent tadi, why not.. besides, nothing is easy in this world. Nak jadi senang pun susah...


Justeru itu, mmg susah nak senang tapi tak senang nak susah... pinjam jer duit dari Ah Long maka susahlah hidup kiter... namun begitu, nak mendapatkan ketenangan dan keredhaan dari Allah amatlah sukar... tapi tidaklah sampai kita tidak mampu melaksanakan perbuatan tersebut...

Terserah pada diri kita sekarang... hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... Tetapkan semangat untuk berada dilandasan yang betul... walaupun hidup akan ada pelbagai rintangan namun kita harus tabah menghadapi segala kesukaran tersebut...

Sebenarnyer jika dibandingkan kesusahan Nabi Muhammad SAW menyebarkan islam adalah jauh lebih senang dari kesusahan hidup kiter sekarang... Cuma begitulah kita (termasuk acik nie)... mudah sgt lemah dan tidak cekal menghadapi dugaan...

Buletin Utama Acik Fosilmitra...

Assalamu'alaikum wbt.

Sebenarnyer dah lama acik hendak mengepost message ini kat sini... cuma tak mampu berbuat demikian kerana bermasalah utk login ke dalam Bincang.net... Namun dikesempatan ini acik berjaya jugak mengeposkan message itu kpd semua. jadi harapnya ramailah yg sudi membaca dan membenarkan permintaan acik tanpa prejudis...

Acik pada tarikh 30hb Jun 2009 memutuskan untuk melepaskan jawatan acik selaku moderator Bincang Muslimin dan Muslimah berkuatkuasa serta merta. Tujuan acik berbuat demikian adalah kerana;

1. Bermasalah utk login selalu di BDN dan BMM khususnya

2. Tidak mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tugas sebagai moderator

3. Acik tidak mahu lagi hanya menjadi mod tempelan semata² tanpa menjalankan tugas dgn penuh dedikasi dan efficiency serta effectively disini

Justeru itu, besarlah harapan acik apalah salah kiranya permohonan acik ini mendapat mandat semua pihak terutama orang yang bertanggungjawab membawa acik sebagai mod disini iaitu siapa lagi kalau tidak si dia tue...

Sekian dahulu wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.

p/s: Notis melepaskan jawatan mod BMM dari acik kpd para pentadbir BDN...

Monday, June 29, 2009

Tips untuk berjimat cermat edisi tah keberapa tah...

Tips dari acik buat anda semua (hasil pembacaan dan pemahaman)

1. Selepas dapat gaji, janganlah kita terus-menerus menyediakan wang kita untuk diserahkan kepada semua pemiutang seperti ASTRO, TNB, SYABAS, KERETA dan lain-lain... Ini merupakan kebiasaan kita buat iaitu berbelanja dahulu baru menyimpan... Waktu itu kadangkala kita memikirkan dan mengharapkan agar ada lagi baki dari wang gaji kita untuk disimpan... Yang pastinya, selagi ada duit ditangan selagi itulah maka kita akan habiskan duit tersebut sampailah kehujung bulan...

Bukanlah lebih baik kita sediakan dulu duit untuk disimpan?... Duit untuk disimpan ini pun perlu kita bahagi²kan yang mana satu untuk simpanan tetap, dan satu untuk tujuan awasan. Kalau boleh masukkan 30% dari gaji bersih anda ke dalam 2 tabung simpanan ini... Jikalau tidak selama²nyalah anda tidak akan menyimpan. Ingat, selepas dapat gaji yang perlu kita fokuskan ialah dahulu ialah wang untuk diri kita dahulu (pay urself first!)...

Mungkin ada yang mengatakan "mana mungkin aku nak terlewat bayar duit ansuran kereta... kena late payment charge nanti!" untuk ansuran yang ini anda kalau boleh mulakan dengan membuat pembayaran awal selama sebulan (bermakna kenalah top up duit anda dengan duit bonus atau duit overtime anda terlebih dahulu)...

2. Mulakan menyimpan dalam tabung "Mr. Potato" alahhh keropok kentang yg biasa korang dok bedal tue... jadikan ianya sebagai tabung anda... dan simpan saja setiap kali ada duit syiling di dalam dompet anda ke dalam tabung tue... Jikalau takda duit syiling aritu, anda pura² beli barang dengan harga seposen atau 20sen dengan menggunakan sekeping wang seringgit kertas... dapat baki dia untuk hari itu maka simpankan dalam tabung... Paling bagus kalau dibuat secara berjamaah (suami + isteri dan anak masuk satu tabung)... Walaupun nampak sikit namun besar hasilnya kalau dibuat secara istiqamah...

3. Jgn lagi berhutang... lebih² lagi kalau pakai kad kredit... jgn bawak dah kad plastik tak berharga satu sen tue dalam dompet... simpan elok² dirumah buat pekasam... Mulai skrg pakai duit saja nak beli barang... Tak kisahlah sampai nak koyak rabak dompet tue pun takpa nak masukkan duit dlmnya... Janji takdak kad lagi dalam dompet anda...

Percayalah... bila anda dah gunakan kad, samada anda perasan setiap kali orang disekeliling anda terkejut melihat anda gunakan kad, atau anda rasa andalah orang paling kaya dengan menggunakan kad tersebut... tapi kalau pakai kad debit ini baru betul... kad yg anda tahu kedudukan kewangan anda dalam bank... Fungsi kad Debit nie lebih kurang sama saja dengan kad kredit dari segi pembayaran nak kena tandatangan slip pembayaran dan hanya perlu masukkan kod pin untuk membayar sesuatu barangan... yang beza, anda bukan berhutang, anda menggunakan duit anda sahaja dengan bank... Jadi sekarang nie cepatlah tukar kad kredit jadi kat debit!!

4. Jangan beli Astro, kalau disebabkan arieal TV tak ok atau tak jelas kalau tak pasang ASTRO maka bolehlah dibeli... namun dengan pakej yang paling murah iaitu RM37 sahaja... Jangan beli pakej yang ada bola (walaupun anda kaki bola) dan pakej yang ada movie etc tue... TV yang percuma sampai 6 channel pun kadangkala anda tak sempat nak layan, inikan pulak yang banyak channel... Percayalah... kalau boleh nak berhibur pakailah channel free lagi percuma tak perlu bayar sesen pun seperti menggunakan internet atau TV3,8TV, NTV7, TV9, RTM1,2 dan pelbagai lagi...

5. Kalau anda takda kereta lagi, maka pakailah kereta yang baru tapi dengan harga tak lebih dari RM25 ribu... makna kata kat sini, pakailah kancil atau viva saja... Janganlah nak beli kereta yang mahal dengan niat nak menunjuk pada orang sini sana... walhal depa tak heran pun anda pakai kereta apa... kecualilah kalau anda pakai kereta lembu, yang itu lain cerita!... Bayangkanlah, dengan membeli sebuah kereta dahlah harga dia ada susut nilai, arini bayar esok dah susut dah nilai dia, kena pulak servis kereta tersebut... 3 bulan sekali... 6 bulan sekali... lama² habis duit dok nak bayar kereta saja... Nak bayar insurans dan roadtax lagi... erm alahai... tak payahlah beli kereta yang mahal² sangat... simpan dalam tabung haji ada faedahnya!

6. Banyak lagi nak bagitau nie... tapi nanti²lah acik update...